MASAKAN SIHAT BERMULA DARIPADA RUMAH

COVID-19 – MASAKAN SIHAT BERMULA DARIPADA RUMAH.
Ambil peluang tempoh PKP ini untuk masak masakan sihat lagi berkhasiat untuk keluarga tersayang dirumah. Lagipun masak sendiri di rumah lebih terjamin kualiti bahan-bahan yang digunakan..
Dengan masak sendiri, kita boleh menentukan kaedah masakan secara sihat di samping dapat mengawal kuantiti bahan yang digunakan seperti garam, gula dan minyak seterusnya dapat mengawal jumlah kalori bagi setiap makanan yang kita makan..
Siapa kata masakan sihat tak sedap? Utamakan perencah dari sumber asli seperti daun limau, daun kari lengkuas, serai, rempah-ratus dan lain-lain..
Jom rancang pemakanan yang seimbang dan berkhasiat melalui masakan sihat untuk ahli keluarga tersayang..terutamanya dalam memerangi pandemik COVID-19 ini.
Lebihkan masak di rumah untuk kekal sihat✌🏻

#COVID19 #STAYATHOME

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *