Kursus Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan sama ada secara langsung atau tidak secara langsung perlu mengikuti “Kursus Wajib Pengendali Makanan” Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM10, 000 atau Penjara 2 Tahun jika tidak menjalani latihan atau tidak memiliki sijil ini.
 (Rujuk Akta Makanan 1983 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan (PPKM)2009)

PENGIKTIRAFAN

Kursus yang dijalankan di bawah kelolaan NB Food Specialist Centre PLT diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia , Kementerian Sumber Manusia dan berdaftar di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri.

SIJIL PENGIKTIRAFAN KAMI

Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebuah Sekolah Latihan Pengendali Makanan

Merupakan Penyedia Latihan diiktiraf HRD CORP. HRD CORP claimmable

Kami juga mempunyai akaun pada sistem e-perolehan untuk memudahkan pihak jabatan kerajaan dan institusi pendidikan membuat pembayaran melalui sistem e-perolehan

KEPENTINGAN MENGHADIRI
KURSUS PENGENDALI MAKANAN

1. Pengendali makanan terlepas dari denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara 2 tahun (Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan PKM 2009).

2. Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (contoh : Majlis Perbadaran Muar).

3. Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil oleh Jabatan Halal Agama Islam Negeri.

4. Syarat permohonan tender kantin dan tapak bazar.

 

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADA SENARAI DI BAWAH ?

  • Pengusaha/ Pemilik /Pekerja  (Tetap @ Sambilan) /Pelatih. 
  • Hotel /Resort /Restoran /Kedai Makan /Gerai Makan /Kafeteria/ Kafeteria Hospital
  • Airline Catering/ Food Catering
  • Kantin Sekolah/ Kantin Asrama / Kantin Kilang/ Kantin Pejabat/ Kantin industri/ Kantin Tentera/ Dapur Kem
  • Kilang Pemprosesan Makanan/ Minuman 
  • Kedai Roti/ Kek/ Kedai Runcit
  • Tadika /Taska/ Pusat Jagaan
  • PasarTani /Pasar Malam/ Penjaja Makanan
  • Pelajar Seni Kulinari/ Pelajar Perhotelan/ Pelajar Perkhidmatan Makanan/ Pelajar Pengurusan Logistik/ Pelajar Pengurusan Rantaian Makanan/ Pelajar Hospitaliti/ Pelajar Dalam Bidang Perniagaan Makanan/ Pelajar Teknologi Makanan.
  • Peniaga Makanan Dari Rumah/ Online (Produk sendiri/ produk orang lain).
  • Food Truck/ Food Rider
  • Lain-Lain Yang Terlibat Dengan Makanan

Kursus Boleh Berlangung Secara :

BERSEMUKA

Boleh juga dilakukan secara INHOUSE  di tempat anda untuk peserta melebihi 15 orang.

ONLINE

Sejak PKP dilaksanakan, KKM mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan kursus pengendalian makanan secara online.

PILIHAN YANG PALING SENANG , BOLEH KURSUS DI MANA-MANA SHJ

SECARA ONLINE (Dalam Talian)

  • Kursus ini dijalankan dengan isi kandungan dan tempoh yang sama tetapi menggunakan platform  ZOOM.
  • Peserta perlu berada di skrin telefon atau skrin laptop masing-masing selama 3 jam.
  • Softcopy sijil diberikan selepas kursus tamat dan boleh digunakan segera jika kecemasan.
  • Sijil asal akan di pos dalam tempoh 3 hari bekerja.

TEMPOH KURSUS PENGENDALI MAKANAN

3 JAM SAHAJA

YURAN KURSUS PENGENDALI MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TELAH MENGEHADKAN YURAN PENDAFTARAN RM50.00 UNTUK SETIAP PESERTA TIDAK TERMASUK CAS PENGHANTARAN.

"Kementerian Kesihatan Malayasia dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kesemua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi. Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut."
Kementerian Kesihatan Malaysian
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan