Melihat kepada trend penularan wabak COVID-19 , pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) mengambil inisiatif menjalankan “KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN” secara atas talian.
NB Food Specialist Centre merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang berdaftar sejak 2018 dan kami diiktiraf untuk menjalankan kursus secara atas talian “online”.
NB Food Specialist Centre komited membantu pengusaha dan peniaga-peniaga industri makanan di Malaysia untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KKM berkaitan pengendalian dan keselamatan makanan.